Friday, September 18, 2009

dear linda

nota peringatan kepada diri;

tolong berhenti membeli kasut leper(flats)
termasuk belian hari ini,anda sudah memiliki 8 pasang kasut leper.

dan tolong juga berhenti membeli selipar,satu level rak di luar rumah penuh selipar-selipar anda.
bila keluar,pakai yang spoinggit beli kat abang tadi jugak.

tolong beli heels yang cantik seperti yang tadi untuk raya
sebenarnya nak beli tadi tapi tiba tiba ckat kate hayat punya kaki is made to wear heels jadi i pon undur diri malu dengan kaki i yang not made to wear heels.hahaha

esok harus/wajib/mati kalau tidak pergi ke segi dan beli buku teks untuk class statistics,dynamic berkumpulan,dan juga class bercakap di khalayak ramai.

tolong beli shirt formal untuk memberi sepatah dua kata untuk 10 minit dalam class bercakap di khalayak ramai.

tolong beli art supplies untuk class seni grafik walaupun anda membenci class itu,anda juga tidak memiliki rm 1200 untuk repeat kelas itu.

tolong sedar diri bahawa anda bukan seorang anak jutawan fakir.

jika penjaga kedai memberitahu anda this one cannot try woook.tolong reply begini; i no need to try wokkk,you see i already know how to wokkk(sambil menunjuk aksi berjalan)

jika ingin berbuka puasa dan diganggu mereka mereka yang tidak berpuasa dan sumpah tak bertimbang rasa,tolong jangan lempang.bulan puasa tidak dibenarkan sama sekali melempang,walaubagaimana pun mengutuk orang tersebut di sebelah beliau dengan suara yang lantang dan confirm dia dengar boleh diterima.(and leave it to sarah.)

tolong sedar bahawa semua orang di kuala lumpur tidak paham isyarat lampu dan akhirnya menyebabkan eksiden belanggo.dan walaupun kesannya tidak degil tetapi hentaman dari kereta yang menyalah tafsir lampu kuning itu akan memberi impak besar kepada penumpang2 kereta terutama sekali mereka yang duduk di bahagian belakang kereta.aduh,sakitnya belakang.

jangan lupa mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada mereka yang mungkin akan berada jauh di masa hari raya nanti
SELAMAT HARI RAYA,MAAF ZAHIR BATIN EVERYONE:)

akhir sekali,tolong pastikan(harus,wajib,can die if dont) anda bertemu buah hati anda esok kalau anda tidak mahu meluangkan masa menangis di hari raya nanti.



happy holidays everyone,
itu saja nota peringatan pada hari ini,sekian.


No comments: